Penulis membuat kerja gila dengan mempelajari 3 bahasa pilihannya berdasarkan bilangan penutur paling ramai: bahasa Mandarin, Arab dan Sepanyol dalam masa setahun setengah di China, Beirut dan Mexico walaupun menurut kajian Institute of Foreign Languages, bahasa Mandarin dan Arab berada pada tahap 5 (5 tahun) berbanding bahasa Sepanyol pada tahap 1 (1 tahun) bagi penutur bahasa Inggeris.
Penulis membaca dan berkongsi beberapa kajian sarjana Barat dalam pembelajaran bahasa kedua, berhubung dan berbincang dengan sarjana-sarjana berkenaan dan menceritakan kepada mereka projek mega beliau.
Nampaknya, kajian dan perbahasan sarjana kurang membantu setelah penulis cuba mengaplikasikan teori dan dapatan mereka sepanjang kembara beliau, bersama suami, bayi lelaki dan perempuannya di ketiga-tiga buah negara.
Ternyata keputusan kajian atas kertas kebanyakannya indah khabar daripada rupa apabila dilaksanakan di lapangan sebenar.
Sayangnya, beliau gagal mempelajari bahasa Mandarin dan bahasa Arab sehingga ke tahap pertengahan kerana faktor luaran (persekitaran seperti pencemaran di China dan pengeboman di Beirut) dan faktor dalaman (tiada persediaan rapi sebelum ke China dan Beirut).
Hal ini juga pernah disebutkan oleh salah seorang sarjana yang dihubungi penulis apabila ditanya, jika sarjana berkenaan yang menjalankan projek ini apa yang akan beliau lakukan?
Jawab sarjana itu, beliau akan mempelajari bahasa asing itu dahulu (artificial environment) sebelum ke negara penutur jati (real environment).
Pada bahagian akhir buku ini, penulis mengakui kesilapannya akibat terlalu gopoh ingin mengejar hasil kajian para sarjana bahawa ada kaitan besar antara menjadi penutur dwi bahasa dengan pengurangan risiko penyakit dementia yang dihidapi datuknya yang meninggal beberapa tahun sebelum itu.
Akhirnya, penulis berjaya dalam usahanya mempelajari bahasa Sepanyol sehingga tahap tinggi setelah banyak meniru, mengajuk, memperhatikan perbualan penutur Sepanyol di Mexico dan Barcelona apabila memberi masa yang cukup untuk mempelajari bahasa ini.

أخي لـن تنـال العلـم إلا بستـة#سأنبيـك عـن تفصيلهـا ببـيـان
ذكاء وحـرص واجتهـاد#وبلغـة وصحبـة أستـاذ وطـول زمــان
Al-Imām al-Shāfi‘ī raḥimahu l-Lāh