*Artikel ini ditulis bagi membantu para pelajar jurusan bahasa Arab dalam memilih tempat untuk membuat latihan praktikal atau practical training atau internship mereka.
Persediaan
Bagi pelajar jurusan bahasa Arab UIAM, anda diharuskan untuk mengambil beberapa subjek sebagai pra-syarat sebelum boleh membuat latihan praktikal iaitu:
1) General Linguistics
2) Applied Linguistics
3) Principle of Teaching Arabic (bagi pelajar yang hendak mengajar)
Pelajar jurusan bahasa Arab UIAM hanya boleh membuat latihan praktikal semasa semester pendek sahaja. Anda juga harus mempunyai baki jam kredit sekurang-kurangnya 6 jam ke atas pada semester panjang selepas semester pendek yang anda rancang untuk menjalani practical training. Jadi rancanglah jadual anda sebaik-baiknya.
Pemilihan Tempat
Para pelajar digalakkan untuk mencari sendiri tempat praktikal yang bersesuaian dengan minat dan bakat masing-masing. Terdapat 5 orang pelajar yang membuat practical training pada tahun 2012. Berikut adalah beberapa institusi yang saya sendiri hubungi dan mendapat maklum balas yang baik ketika hendak membuat latihan praktikal.
Anda akan mendapat baju uniform hotel dan makan tengah hari sepanjang tempoh bekerja. Anda juga akan dapat pengalaman bermuamalah dengan para pelancong Arab yang datang menginap di hotel berkenaan. Anda juga tidak akan mendapat sebarang gaji atau upah.
Anda akan melayani para pesakit Arab dan mempelajari istilah-istilah perubatan. Walau bagaimanapun, pihak hospital hanya menyediakan makan tengah hari tanpa elaun.
Anda akan didedahkan dengan teknik menulis artikel dan berita dalam bahasa Arab. Anda akan dibayar elaun perjalanan sahaja.
Sahabat saya yang membuat internship di sini memberitahu bahwa kerja-kerjanya tidak banyak kerana akhbar ini diterbitkan sebulan sekali sahaja.
4) Zoo Negara
Saya kekurangan maklumat berkaitan zoo. Harap ada pembaca yang sudi berkongsi pengalaman mereka.
5) TV Al-Hijrah
TV Al-Hijrah adalah antara pilihan utama para pelajar UIAM. Elaun juga disediakan bagi yang terpilih. Namun, tiada seorang pun pelajar bahasa Arab UIAM yang mendapat tempat untuk internship di sini pada tahun lalu.
6) Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Lokasinya yang berdekatan dengan kampus dan elaun menarik menjadikan ITBM sebagai salah satu pilihan utama dalam kalangan pelajar bahasa Arab UIAM. Tahun 2012 hanya dua orang pelajar terpilih sebagai intern di sini. Pada saat-saat akhir salah seorang pelajar menarik diri kerana masalah peribadi.
7) Mayflower Acme Travel & Tours
Bagi yang inginkan cabaran dan pengalaman baru, saya mencadangkan agar anda menceburkan diri dalam bidang pelancongan. Saya bertugas sebagai Sales Support untuk pasaran Timur Tengah. Walaupun saya kurang berpeluang untuk mengaplikasikan bahasa Arab saya kerana sudah ada seorang staf Arab dan seorang staf muwallad di syarikat ini, saya didedahkan dengan sektor pelancongan dan pengurusan syarikat pelancongan, hotel dan sebagainya. Selain mendapat elaun bulanan, saya juga dapat tidur di hotel lima bintang dan makan di restoran mewah sekitar Kuala Lumpur sepanjang tempoh praktikal.
Teknik Menghubungi Institusi Berkenaan
Sediakan resume dengan memasukkan maklumat peribadi, akademik dan aktiviti ko-kurikulum anda. Sila hubungi secepat mungkin pihak berkenaan kerana anda akan berebut tempat dengan para pelajar bahasa Arab daripada universiti-universiti lain juga. Saya sendiri menghubungi syarikat-syarikat ini pada bulan Februari namun banyak tempat sudah diperuntukkan untuk pelajar universiti lain.
Anda harus berhubung secara langsung dengan menghubungi pihak Human Resource atau Sumber Manusia institusi berkenaan dengan menelefon mereka dan minta alamat email pegawai yang bertanggung jawab dalam urusan pelajar intern untuk dihantar resume dan surat daripada Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Arab.
Pendaftaran Subjek Practical Training
Anda harus mendaftar subjek ini sama ada secara online atau manual dengan Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Arab pada semester kedua. Apabila anda menerima email atau panggilan telefon daripada pihak berkenaan, segera melaporkan diri kepada Dr. Saupi bin Man, supervisor bagi subjek ini.
Saya cadangkan anda semua kumpulkan satu kumpulan pelajar yang ingin membuat internship dan lantik ketua supaya mudah segala urusan dengan ustaz.
Tetapkan juga satu hari untuk berjumpa dengan ustaz dan berbincang mekanisme laporan dan tugasan anda. Selain itu, minta tolong PA HOD Department of Arabic Language and Literature untuk membuat surat untuk diemailkan kepada institusi berkenaan.
Nasihat Saya
Saya mencadangkan agar anda mencari tempat untuk menjalani latihan praktikal yang berbayar kerana anda akan menanggung kos pengangkutan, makan dan minum sendiri sepanjang tempoh yang telah dipersetujui bersama antara anda dan institusi tersebut.
Saya mengesyorkan kepada sahabat-sahabat jurusan bahasa Arab agar membuat latihan praktikal supaya dapat mencuba ilmu yang dipelajari selama ini dan menambah kemahiran baru yang tidak dapat diperoleh di alam kampus.
Jika anda rajin, berdisiplin dan mutu kerja bagus, insya Allah pihak syarikat atau institusi akan menghubungi anda selepas ini.
=======================================================
Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.
Jika ada sebarang maklumat atau pertanyaan sila hubungi saya.