Baba : al Fadhil Ustaz Sha'ari bin Ishak rahimahullah sewaktu muda
Berita Harian
21 Februari 1979
Kedah luluskan $150,000 utk diri asrama pelajar di Kaherah
ALOR SETAR 21 Feb - Kerajaan Negeri Kedah telah meluluskan peruntukan sebanyak $150,000 bagi mendirikan sebuah rumah untuk dijadikan asrama kepada para pelajar di Kaherah.
Menteri Besar, Datuk Seri Syed Nahar Shahabuddin pula memberi jaminan bagi menambahkan peruntukan itu jika tidak mencukupi.
Ketua Pelajar Majlis Keluarga Kedah di Kaherah, Encik Sha'ari bin Ishak berkata, asrama seumpama itu adalah mustahak kepada para pelajar Kedah di sana.
Encik Sha'ari pulang ke Malaysia untuk bercuti di samping menemui ketua-ketua kerajaan negeri bagi membincangkan mengenai rancangan membina asrama itu.
Beliau juga mengadap Sultan Kedah dan mempersembahkan perkara tersebut.
Terdapat kira-kira 200 orang pelajar Kedah sedang menuntut di beberapa buah universiti di sana.
Ketua pelajar itu menambah, untuk sementara waktu sebuah asrama sedang digunakan atas daya usaha para pelajar sendiri.
Katanya mereka menghadapi masalah tempat tinggal terutama apabila hampir masa peperiksaan, iaitu tuan rumah menaikkan sewa dari musim ke semusim.
Beliau juga menimbulkan tentang kekurangan buku-buku rujukan di perpustakaan di Asrama Kedah.
Encik Sha'ari mengalu-alukan jika kerajaan negeri berusaha menambahkan buku-buku rujukan.